Setiap pasaraya di Malaysia , malah di dunia menggunakan strategi psikologi untuk buatkan anda membeli lebih banyak duit di situ. Cuma anda tak perasan mengenai strategi tersebut kerana ianya dianggap biasa.

Strategi psikologi ialah satu strategi untuk mengawal tingkahlaku manusia. Dalam situasi shopping mall ni, mereka mengawal anda untuk membeli lebih banyak barang & keluarkan lebih banyak wang,

Berikut ialah 5 Strategi Psikologi Shopping Mall Yang Akan Buatkan Anda Beli Lebih Banyak Barang

 

#1 POSTER & BANNER

Masuk je shopping mall, benda pertama yang menyambut kehadiran anda ialah poster & banner promosi. Year End Sales Promo, Raya promo dan sebagainya. Ini ialah strategi klasik semua shopping mall gunakan untuk memberitahu otak anda bahawa anda boleh dapatkan banyak produk dengan harga promosi pada hari tersebut.

Siapa yang tak termakan dengan diskaun & promosi?

Semua orang sukakannya. Strategi ini sememangnya berkesan kepada semua orang yang pergi ke shopping mall. Teknik ini juga sering digunakan di kedai biasa, ianya terbukti berkesan.

#2 Produk Warna-Warni

Jika anda lihat susunan produk di semua grocery seperti tesco dan giant, anda perhatikan produk apa yang diletakkan di pintu masuk & kaunter?

Semuanya produk berwarna warni.

Produk berwarna ceria akan memperlihatkan suasana ceria di kedai tersebut. Suasana ceria akan membuatkan gembira. Gembira akan membuatkan anda membeli lebih banyak produk. Anda tak perasan perkara ini mempengaruhi pembelian anda, tetapi susunan sebegitu sememangnya diilhamkan dari pakar psikologi, bukan main hentam susun.

Jika orang buta warna masuk ke kedai, mereka tak akan terpengaruh dengan warna. Maka mereka akan kurang buat pembelian di kedai tersebut.

 

#3 Barang Mahal Disusun Mengikut Paras Mata

Semua barang yang disusun di kedai dan shopping mall sebenarnya disusun mengikut harga.

Produk paling murah disusun pada kedudukan bawah dan atas, produk yang paling mahal disusun di tengah, sama paras dengan mata anda. Jika anda mahu mencari produk yang murah, anda perlu mendongak atau tunduk semasa mencarinya.

Produk mahal akan meningkatkan purata jumlah pembelian anda dalam satu transaksi. Makin banyak anda pilih produk di bahagian tengah, makin banyak purata transaksi yang dibuat.

 

#4 Barangan Di Kaunter Bayaran

Pernah beratur di kaunter bayaran? Anda akan melihat produk yang ada di kaunter bayaran untuk tempoh yang agak lama. Ketika beratur, otak anda akan berfikir mengenai produk tersebut sama ada perlu beli atau tidak.

Jika anda beratur melebihi 5 minit, anda berkemungkinan membelinya. Jika anda bawa anak kecil, anda berkemungkinan membelinya. Susunan produk di kaunter bayaran sememangnya bertujuan untuk membuatkan anda membeli lebih banyak.

Sekali lagi, produk berwarna ceria akan memainkan peranannya untuk stimulate otak anda supaya membeli produk di rak tersebut.

 

#5 Troli & Raga

Troli dan raga ialah senjata utama di shopping complex. Anda jarang lihat orang yang membawa troli kosong ketika keluar dari mall. Semuanya akan penuh.

Troli yang kosong akan membuatkan otak anda nak beli lebih banyak barang. Selagi troli tidak penuh, anda akan teruskan membeli sehingga produk tersebut memenuhi ruang. Jika anda membeli produk bersaiz kecil, maka lebih banyak produk akan dibeli untuk memenuhkan troli.

Bagi yang membawa bayi dan meletakkan anak di dalam troli, mereka berkemungkinan akan membeli sedikit sahaja barangan kerana ruang dalam troli sudah ditutup dengan anak. Bila melihat ruang yang sedikit dalam troli, keinginan untuk membeli akan berkurang.

Tips untuk anda berjimat ialah jangan ambil troli, pilihlah bakul yang disediakan. Walaupun sukar untuk dibawa, namun ianya dapat mengawal nafsu pembelian anda.

 

Ilmu Psikologi Bisnes

Strategi psikologi sememangnya mampu membuatkan prospek membeli tanpa banyak berfikir. Terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam ilmu psikologi termasuklah keinginan, ego manusia, cara berfikir, tabiat dan sebagainya.

Anda boleh belajar mengenai ilmu psikologi dalam Bahasa Melayu di sini dengan harga yang sangat murah (hanya Rm50 sahaja)

Naskah Persona Pelanggan

Anda boleh belajar banyak perkara mengenai psikologi melalui panduan tersebut dan gunakannya dalam bisnes harian. Anda tak perlu ubah strategi, hanya perlu tambah baik sahaja. Masukkan elemen-elemen psikologi dalam closing dan ayat jualan akan membuatkan anda menerima kesan serta-merta.

Ada lagi strategi psikologi bisnes yang anda tahu?

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan supaya mereka tahu apa perlu dibuat apabila pergi ke mall untuk shopping raya nanti